B
isnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Setiap orang mestilah matang dalam menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada keupayaan diri sendiri dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang akan menarik bisnes ke bawah.

K
ita perlu belajar daripada mereka-mereka yang telah berjaya dan maju pada hari ini kerana bagi mereka bisnes adalah satu pakej perjuangan dalam kehidupan. Mereka berniaga kerana keperluan dan minat yang mendalam sekalipun dalam situasi perang. Inilah yang dikatakan jihad dalam perniagaan dan kita boleh berniaga kerana kita adalah seorang hamba Allah yang yakin 100% tentang keberkatan dan janji baik dari sebuah perjuangan dan perlulah matang dan jangan terperangkap dengan isu- isu negatif yang hanya akan membawa kepada kemunduran.

B
erjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sememangnya penuh cabaran tetapi menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang bersabar dan bekerja keras. Namun begitu, peluang perniagaan tidak mudah dikenal pasti dan hanya individu yang mempunyai sifat dan ciri-ciri keusahawanan sebenar dapat menghidu peluang tersebut. Pada masa yang sama mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya pemikiran berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka sentiasa mengkaji senario dan masalah-masalah semasa, kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan, produk atau servis dari pesaing, keperluan pasaran dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, ianya akan bertambah yakin , lebih kompetitif, bersemangat dan merangka strategi yang sesuai untuk merebut peluang-peluang yang ditawarkan.

A
dakalanya apa yang kita lakukan terasa kecil dan tidak bermakna. Akan tetapi, ianya akan sentiasa memberi inspirasi kepada diri sendiri. Jadilah perubahan yang kita semua mahu. Saksikan dan ikutilah jalan diri sendiri.. Sematkanlah keazaman untuk terus menerajui dan mengecapi kejayaan.


MUTIARA KATA DARI PENGARAH URUSAN

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera, maka tertubuhlah Syarikat Kilang Beras Mihoda Sdn.Bhd. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Kilang Beras Mihoda dapat terus bertahan dan semakin mengukuhkan lagi tapaknya sehingga ke hari ini.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga kerja Kilang Beras Mihoda di atas dedikasi dan semangat mereka. Tanpa jasa serta usaha keras mereka, semua ini tidak dapat di capai. Kejayaan yang dikecapi ini tidak bermakna kita boleh mula leka dan berhenti menggembleng tenaga daripada terus berusaha. Dengan ini, marilah sama-sama kita berganding bahu dalam mempertingkatkan lagi tahap kecemerlangan syarikat secara berterusan.

Oleh hal yang demikian, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan perit itu adalah tangga menuju kejayaan. Apapun pekerjaan yang kita lakukan, sememangnya mempunyai halangannya tersendiri. Namun, harus diingati bahawa orang yang bercita-cita tinggi dan berazam pasti memperolehi kejayaan dan kemajuan dalam hidup. Bak kata pepatah, “alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita”.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kerja Kilang Beras Mihoda di atas pencapaian yang dikecapi setakat ini. Saya sentiasa berdoa agar syarikat ini terus berkembang dan berdaya saing dalam mengukuhkan lagi empayar serta reputasi kejayaan ini.

Wassalam.

Dato’ Haji Mohd Ismail Bin Haji Othman

(DIMP, AMK, BCM, BKM, PJK)
Pengarah Urusan
Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd.