KILANG BERAS MIHODA SDN.BHD. (158204-V) ditubuhkan pada 12hb Disember 1986. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera yang beroperasi di Batu 19¼, Jalan Naka, Kampung Bukit, 06400 Pokok Sena, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pada asalnya kilang ini kecil dan beroperasi dengan nama Kilang Beras Kampung Bukit. Untuk menjadikan syarikat yang lebih berdaya maju dan dapat bersaing dengan kilang yang lain, pihak pengurusan telah pun berusaha mendapatkan tapak baru yang lebih luas supaya dapat membina kilang yang baru dan dapat mengisar dan menyimpan stok padi dan beras yang banyak. Pihak Pengurusan juga menukar nama baru kepada Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. Pengeluaran dan kualiti beras yang bermutu daripada Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. mendapat kepercayaan BERNAS untuk dijadikan pusat belian padi melalui Skim Pusat Belian Bernas.

Di awal perniagaan, Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. telah menjalankan kerja-kerja pemasaran dan pembekalan beras di sekitar kawasan tertentu sahaja. Memandangkan permintaan perkhidmatan pasaran beras yang tinggi, pihak syarikat mengambil inisiatif untuk lebih menitik beratkan aspek pengeluaran beras seperti kualiti, penampilan dan jaminan produk keluaran bagi memastikan ianya sentiasa mendapat sambutan dan permintaan daripada pelanggan disamping melebarkan lagi pasaran perniagaan di seluruh kawasan.

Bagi memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan dalam bidang pemasaran, pihak syarikat telah menubuhkan Jelang Jaya Sdn. Bhd. pada 2 Oktober 1991 yang beroperasi sebagai Pemborong Beras dan Kontraktor Kelas B. Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jelang Jaya Sdn. Bhd. bagi menguruskan serta menjalankan segala aktiviti berkaitan pemasaran produk yang dikeluarkan. Dengan tanggungjawab yang dipikul oleh Jelang Jaya Sdn. Bhd., perniagaan ini bertambah lancar dan semakin mengukuhkan lagi tapaknya. Rangkaian perniagaan syarikat ini yang mana semakin memonopoli pasaran perniagaan berkaitan beras di seluruh Negeri Kedah serta semakin berkembang di sekitar Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Dengan komitmen dan kerjasama antara kedua-dua syarikat, aktiviti perniagaan bertambah lancar serta semakin maju.

Seiring dengan pencapaian syarikat ketika itu, pihak pengurusan mula mengorak langkah untuk terus melebarkan lagi empayar perniagaan dengan menubuhkan lagi anak syarikat

bagi operasi pemasaran beras di kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Pada 23 Mei 2011, maka tertubuhlah syarikat Jelang Maju Sdn. Bhd. yang beroperasi di Seremban. Dengan kekuatan dan nilai produk yang tinggi, produk keluaran syarikat semakin mendapat

sambutan dan sokongan ramai walaupun terpaksa mengekang persaingan dengan syarikat-syarikat bernama besar yang lain untuk memasuki pasaran yang sedia ada.

Dengan berbekalkan keazaman dan berkat usaha yang tinggi, syarikat ini dapat terus bersaing dan mengukuhkan tapaknya untuk pasaran produk keluaran syarikat di sana.

Pihak pengurusan baru Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. telah menukar imej ke arah korporat dan mendapat peluang untuk membekalkan beras kepada Jabatan Kerajaan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sejak dahulu sehingga ke hari ini. Terima kasih kepada ERF Sdn Bhd dan Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) yang banyak membantu, membimbing dan memberi khidmat nasihat untuk memajukan lagi Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd.

Pihak pengurusan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap tertinggi untuk terus maju dan menjadikan Kilang Beras Mihoda Sdn. Bhd. setanding dengan lain-lain syarikat di Malaysia demi menyahut seruan kerajaan untuk mempertingkatkan Bumiputera dalam bidang perniagaan.

Menjelang alaf baru ini, syarikat Kilang Beras Mihoda menjanjikan satu lonjakan baru yang lebih berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Pihak syarikat komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan yang berterusan.

“TEKUN ,SABAR , AMANAH”